Wednesday, May 20, 2009

2 bulan penuh bahagia

Saya dan suami di lokasi rahsia...(hehehe)

Assalamualaikum...Apa habaq semua? Lama betul tak menulis dalam blog ni...

Dah ada yang komplen kata selepas kahwin ni senyap jek...takdelah sibuk mana cuma tak berkesempatan nak menulis blog...


Selepas cuti kahwin yang lama tu, banyak kerja kena settle..ni pun curi2 masa..Alhamdulillah, sudah berusia 2 bulan perkahwinan saya dan suami..walaupun masih baru, tapi dah raa cabaran dan dugaan dalam rumahtangga..apatah lagi kami ni PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh)..suami di KL, saya di Pekan..memang tiap2 malam menangis jek...hehehehe


Tapi alhamdulillah, bulan mei ni suami akan pindah ke Pekan, dan bil telefon kami pun taklah banyak lepas ni...Terima kasih pada hubby yang sanggup berkorban...


Sempena cuti sekolah bulan 6 ni, tentu ramai sahabat2 saya nak menamatkan zaman solo...Antaranya Mama Khayati ( Bagan datoh), ustaz Nasir Sulaiman ( kak yang ina bila plak tu?), Zurina ( dapat tahu melalui blog sahabat lain), dan mungkin juga ada sahabat2 lain yang mungkin saya tak tahu...Saya dan suami mendoakan semua berbahagia sehingga ke akhir hayat dan ditakdirkan ke syurga...


Pada sahabat2 yang akan melahirkan, selamat bergelar ummi...dan doakan saya dan suami dapat baby cepat ya...hehehe...


No comments: