Saturday, August 29, 2009

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan...Alhamdulillah, hr ni dah 9 hr kita berpuasa..moga kita terus diberikan kekuatan oleh Yang Maha Esa dalam menghadapi dugaan berpuasa
Puasa as Pn Mimi, Mrs Khairul

Alhamdulillah, tahun ini tahun amat bermakna buat saya dan hubby kerana buat pertama kali kami berpuasa bersama. Tahun lepas sebagai tunang, tahun ni sebagai suami isteri. Memang risau jgk mulanya,tmbh2 plak nak bangun dan masak untuk sahur serta juadah berbuka...hehehe..slma 25thn duduk ngan family,my mum yg slalu masak2 and i just jd assistant chef jek..thn ni saya jd ketua dapur..ayooo...sblm puasa pertama ( 20/08/2009),saya dh selak2 buku resepi..sahur prtama; ayam masak kicap ( my hubby love kicap..sng jaga dia..hehehe)..bila dh puasa hr pertama,tghari lg saya dh selak buku resepi..tak ingat masak apa masa hr pertama tu..tpi stkt rekod 8 hr ni,saya dh berjaya masakkan nasi ayam,telur masak sambal, sup ayam, ikan kerapu stim dll juadah yg stkt tmampu..yg bagusnya my hubby makan tak banyak soal, apa yg saya masak tulah dia makan.. cuma bru ni saya terpaksa attend meeting dan bermalam di Temerloh, my hubby tk dpt ikut n tu lah detik yg pling sdh sbb terpaksa berjauhan dengan hubby saya dan tk dapat berbuka bersama. Milion thanks to my hubby coz so understanding...


My hubby with his handsome smile..hehehehe

Puasa di tempat baru

Tahn ni jgk first time berpuasa di tmpat baru,di Pekan...nampaknya Pekan akan jadi hometown saya selepas Bentong dan Kuala Terengganu..stkt ni ok jek..bazar Ramadhan pun meriah sgt..mcm2 ada..kalau nak rasa Puding Raja, silalah dtg ke Pekan..hehehe


Kartika Sari dan sebat

Nowadays, ramai kenal dgn nama Kartika Sari..Saya tak blh komen banyak cuma dihrpkan ada penyelesaian ttg kes beliau.Apapun tahniah pd Kartika kerana bersikap berani kerana sanggup menghadapi hukuman sebat. Banyak keliru dgn hukuman sebat kerana ramai menganggap sebatnya macam sivil,tpi dlm kes ni sebatnya sebat syariah,yg bukan utk tujuan menyakitkan tetapi sekdr memberi keinsafan dan kesedaran..

Harapan Ramadhan

Harapan Ramadhan ini moga kita terus diberikan hidayah oleh ALLAH dan harapan saya moga kehadiran Ramadhan ini akan menjadikan saya lebih baik..dan berusaha menjadi isteri dan ibu yang terbaik..Dan satu lg harapan saya pada Ramadhan ini..dan biarlah menjadi rahsia...doakan saya moga tercapai harapan saya yang satu ini...


" Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba yang lemah dan kepadaMU kami memohon pertolongan"

No comments: