Friday, March 19, 2010

Lama tak update...




Apa khabar? Lama betul tak update blog..last entry bulan Ogos tahun lepas..dah lama benor tak menulis apa2..lagipun rasanya takde org tertunggu-tunggu berita dari saya...hehehehe



Alhamdulillah..pada 14 Mac baru ni, sudah setahun usia perkahwinan kami..tiada sebarang upacara special cuma meraikan bersama keluarga ( digabungkan dengan bestday adik bongsu) di Pizza Hut, Kuantan (gambar tak disnap)..hadiah aniversary tahun ni..masih dalam perut Ummi lagi..jdi bulan 5,insyaALLAH kegembiraan keluarga kami akan bertambah dengan kehadiran si kecil..



Apa yang saya belajar dalam setahun usia perkahwinan ini? Hmm..banyak benda yang saya belajar untuk jadi seorang isteri kepada si suami..tapi dalam kehidupan kami suami isteri yang kembali kepada Perkahwinan Jarak Jauh ini, banyak yang saya tak dapat alami bersama2 dengan suami...



Pada permulaan duduk berjauhan semula dengan suami dan dalam masa yang sama saya disahkan pregnant selama 2 bulan lebih,mmg saya sedih sangat..tapi saya sentiasa bersangka baik dengan ketentuan ALLAH..lagipun suami berjauhan untuk mencari rezeki dan saya yakin rezeki tersebut untuk keluarga kami juga...Saya sentiasa menyokong apa sahaja yang terbaik dilakukan oleh suami untuk keluarga kami...



Namun, bila kita diuji dengan sesuatu perkara, ALLAH akan beri kepada kita kesenangan yang lain...Alhamdulillah sepanjang kehamilan ini, saya tidak mengalami alahan cuma sekadar tak selera dan pening biasa..malah saya masih boleh drive sehingga ke usia kehamilan 8 bulan ini..saya boleh buat kerja macam biasa dan Alhamdulillah ALLAH beri kesenangan ini kepada saya..Anak di dalam kandungan saya ( yang saya dan hubby panggil Aysar) tidak memberi banyak masalah pada saya dan diharapkan baby Aysar juga akan senang dijaga selepas lahir nanti,InsyaALLAH...



Untuk hubby tersayang..doa ayang sentiasa bersama abang...Sayang abang...

No comments: