Thursday, January 8, 2009

Ya ALLAH bantulah kami

Salam Maal Hijrah 1430H dan Tahun Baru 2009. Moga kedatangan tahun baru ini memberikan peluang dan sinar baru untuk kita semua...Ameen...InsyaALLAH, bagi saya sndiri, dalam tahun ini akan berlaku momentum terbesar dlm hidup saya dan saya mengharapkan doa sahabat2 semoga dipermudahkan segala urusan saya...

Namun, di waktu kita menyambut tahun baru ini, sahabat2 kita di Gaza,Palestin menyambutnya dengan cara yang berbeza...Tiada percikan bunga api,tetapi peluru berpandu menjadi penggantinya...Sayu sungguh hati saya apabila melihat wajah2 syuhada` terutama di kalangan anak-anak kecil yang menjadi mangsa kebiadaban Israel...Dalam suratkhabar kita pun,ada jek cerita ttg sikap kebinatangan Israel ini ditunjukkan...

Seharusnya kita melihat apa yg berlaku di Palestin ini sebagai satu petunjuk daripada ALLAH untuk umat Islam berfikir dan bersatu padu dalam menentang musuh Islam ini. Israel begitu biadab menembak saudara2 muslim kita di Palestin kerana mereka tahu kita,umat Islam yang lain tidak berani mengenakan apa2 tindakan kepada mereka. Sedih bila mengenangkan betapa umat Islam yang berjuang bermati-matian untuk mempertahankan Islam adalah di kalangan orang "asing" pada masa ini...

Mungkin disebabkan masalah geografi kita yg jauh untuk memberikan tenaga dan membantu saudara Islam di Palestin menyebabkan kita tidak dapat berbuat banyak, namun harus diingat senjata yang terbaik utk Umat Islam adalah "doa"...

Maka, marilah bersama kita berdoa dan solat hajat mendoakan sahabat2 kita di sana dithabatkan hati, dikuatkan semangat menghadapi ujian. Dan kita seharusnya terus memBOIKOT barang2 yang mempunyai link terus dengan Israel Laknatullah ini...Untuk rujukan barang2,blh rujuk laman web PPIM..

Jangan dibiarkan Israel menghina Islam kerana seperti yang kita semua tahu tiada yang lebih tinggi dan mulia melainkan agama Islam itu sendiri...

Salam intifada,sahabatku di Palestin....

No comments: